Posted by: semutraksasa | September 7, 2008

Kesabaran itu senjataku..
Diam itu kepasrahanku..
Diam itu pertahananku
Ingin kucampak kepedulian ini..
Tapi aku bukan cermin kilat yg membalikkan bahang cahaya

INasihatmu…jadilah seperti Habil bukan Qabil..
Pemberianmu itu jadikan yg terbaik..
Jika engkau mampu
Kerna engkau suka meminta yg terbaik
Tapi kita insan biasa..

Ibu…aku bukan yg terbaik..
Maafkan aku ..sebakmu menjangkit padamu..
Kerna aku anakmu dan aku menyayangimu..
Terima kasih kerana melahirkanku..
Terima kasih kerana merotanku..
Terima kasih kerana menolongku membuat kira2
Terima kasih kerana bersabar atas musibah yg menimpa satu ketika dulu
Terima kasih kerna bisa bangun kembali
Terima kasih kerana berjaga mlm menjagaku ketika sakit semasa belajar dahulu..
Terima kasih krn membelikan buku tambahan sampai terseliuh kakimu di jambatan
Terima Kasih krn memelukmu dgn erat..
Terima kasih atas linangan airmata atas kasih sayangmu padaku..
Terima kasih atas segalanya
Aku insan biasa…
Hanya Allah yg mampu membalas jasamu…
Maafkan daku kiranya keputusan ini mendatangkan sedih padamu…
Aku tak mampu..aku tak mampu

Posted by: semutraksasa | September 7, 2008

Orang Biasa

Hatiku menangis..
Bila org yg kusayangi kesedihan..hatinya semacam pilu terguris..
Hatiku menangis..
Aku tak berdaya..
Kutahu cuba mengumpul kekuatan..riak suaramu nampak tewas..suaramu ada sedu
Anakmu..yg dikasihi..
Aku anakmu..tapi disaat ini aku terasa buntu..
Adakah aku patut marah..
Ibuku bak seorang patriot..
Mmmg tiada tugu di ibukota buat ibuku..
Aku cuba mmg tidak ada walau secubit kesukaan utk mendirikan tugu buatmu..
Kerna hati ini tlh berbekas dgn jasamu…sentiasa teringat di benakku
Ku pohon doa utkmu , walau kutahu diriku insan kerdil , alpa dan pendosa
Ya Allah, ibuku byk memberi…tapi engkau Maha Pemberi…Maha Pengasih…Maha Mengetahui
Ku pilih jln ini , kegundahan cuba kutolak ketepi…
Hati ini sayu melihat kerunsinganmu…
Adakah betul jln ini…
Apakah kesedihan ini…
Apakah ada kekuatanku…
Bisakah aku melihat senyum di hujung matamu…
Hatimu terguris…aku sedari…aku mengerti..kerna ibuku insan biasa..
Ibuku insan biasa..
Ibuku insan biasa…
Ibuku bukan peminta-minta…
Ibu ..hatimu terluka
Aku tak mahu hatimu terluka…
Ibu..dikala air matamu mengalir …air mataku turut mengalir..
Kerna aku juga insan biasa
Aku insan biasa…
Aku insan biasa..

Posted by: semutraksasa | July 10, 2008

Mahu belajar bahasa isyarat ?

Pendaftaran Dibuka SEKARANG !

SIGN LANGUAGE CLASS

Tempat : Yayasan Salam Malaysia

Masa : 3.00pm – 5.00pm ( Sabtu )

Jumlah Sesi : 12 sesi

Tarikh : 20 & 27 Julai, 3, 10 & 17 Ogos 2008,

* 5 lagi tarikh selanjutnya akan ditetapkan berdasarkan perbincangan

Bayaran : RM70.00

Hubungi cik Zakiah : 012-2634235 / 03-79584021

Posted by: semutraksasa | June 26, 2008

Academic Intelligence is related to Emotional Intelligence

Posted by: semutraksasa | June 19, 2008

Denggi

Hari ni menerima email dr HR SSO mengenai staff TM yg sedang sakit dan dirawat di Selangor Medical Center, Shah Alam akibat demam denggi. They are asking for blood donation. Selama ni saya tak pernah derma darah…sebabnya..tak cukup syarat , kurang kilos :) . Mari sama2 doakan Puan Norkaedah cepat sembuh, Insyaallah.

Saya pernah kene demam denggi semasa di Vista, Kerinchi. Time tu mmg ada few case demam denggi sampai buat fogging pun dah frequent kat situ.  Mula-mula dpt high fever pi klinik dpt MC. MC habis demam tak surut lagi so kene la pi keje ,  meeting dgn bos , die tegur nape tgn naik  ruam merah2. Huaa..zoom pi klinik..kene marah.. badan kurang air bla bla bla ..kene a few das kaw2 from doctor. Terus die refer kat Hosp Pantai. Collegue hantar kat Pantai..check darah..tak sampai kritikal tapi still bagi MC, 2 hari kene dtg balik check darah lagi. The next time check darah terus kene masuk wad utk 2 minggu. Tiap2 hari masuk air.

Bila duduk hospital, suasana mmg lonely tak tau kenapa..officemate , my dear collegue, friends and housemate ada dtg melawat and give company..thanks a lot . But this thing I never told my parents. Y. My instinct at that time, I am gonna be okay Insyaallah. Kakak in my office want to call up my parents but En. Hashim stopped her telling that I might have my own reason. Thanks for the consideration.

B4 this during my final year at univ when it is just about time to finish my industrial training at MIMOS saya jatuh sakit. Time cuti sem mmg stay at home. When their child got sick, parents suffer a lot. Life is a test for me , my family and all of us.
Alhamdulillah bila naik sem baru , saya dah ok cuma lost kilos …. Time tu pi kelas mmg kene bawak air sentiasa. Sebagai student yg sempoi dan berhati waja chewahh kene la continue belajar betul-betul kalau tak sia-sia org bagi scholarship ehh sound a bit poyo haha , but the thing is when u activate yrself and regain energy it does u feel good. Syukur.

Posted by: semutraksasa | June 17, 2008

Hebahan SMIWI 2008 di Kuala Lumpur

Saya sebarkan2 dari website JIM :) LET’S GO
Seminar Kecemerlangan Wanita Islam
(SMIWI) 2008

kembali lagi…
Tarikh: 29 Jun 2008 (Ahad)
Tempat: Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Cheras

Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
Anjuran: Wanita JIM Kuala Lumpur, JAWI dan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan,Cheras
Tema: “Kesihatan Wanita di Kota Metropolitan”
Sasaran Peserta: 300 orang

ahli NGO wanita Islam, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar IPT, belia yang berumur 18 tahun ke atas dan masyarakat umum.
Yuran: Percuma!!

Pendaftaran:
Sila hubungi Umi Kalthom Hassan (012-6170308, umihassan@yahoo. com) / Julie Rosieta
( 0192805499 , jrosieta@yahoo. com) / Ruzaimah Ibrahim (0133406402 , uhassan@tm.com. my)

Topik-topik Prbincangan:

1. Sihat Minda, Sihat Fizikal, Indah Rohani, Sejahtera Diri
2. Anda adalah Apa yang Anda Makan
3. Sembang-sembang Wanita: Yang Qudus, Yang Mulus

Ayuh! Kaum wanita di Kota Metropolitan, luangkan masa untuk perkongsian ilmu dan pengalaman…

Posted by: semutraksasa | June 15, 2008

‘Abang Nak Beli Kuih..??’

Nice one from www.iLuvislam.com (oleh : ANNURSOLEHAH)

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki – berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

‘Abang nak beli kuih?’ Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik…Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
“Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya…
” Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik… Kakak atau makcik.”
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang”, katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

” Ambil ni dik! Abang sedekah… Tak payah abang beli kuih tu” saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.
“Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!” kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
“Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. “Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
“RM25 saja bang…..!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

Posted by: semutraksasa | June 14, 2008

Bukus

Beli couple of books today di sebuah kedai buku di Masjid Jamek dgn adik saya. Fiqh Al-Sirah Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti & Shahih Muslim. Sebelum tu pada sebelah pagi, saya ke IRM di Serdang. In their email dah siap bagi map but seriously , I ‘am not a good map reader :) Kalau masuk amazing race/explorace ape jenis race mesti leceh kan hehe Luckily masa berhenti dgn stesen minyak BP ada one lady yg nak menuju ke tempat yg sama . Macamana tau , it’s obvious sbb we hold the same map..haleluya

What we did ..mostly classified the donation item …baju, kasut, beg, toys. We stopped at 1300 for lunch and for taaruf session. We have one Mat Saleh Brother Shamsudin :) which settled down in Malaysia since 5 yrs ago. Few of us haven’t involved in any volunteer work b4.

Erm one did deliver anspiring stories for all of us. Dia hadir bersama ibunya. She ’s a bone cancer survivor , lost one of her leg. Ex IIU student and won Honda scholarship , now pursuing master in UKM. After the session I met up with her and her mother ..I managed to get her number . Collegue saya , dia dah extend cuti tanpa gaji, anak perempuannya menghadapi kes yg sama bone cancer.

Saya rasa morale support is very important utk mereka. ex- AGM di tmpt saya mengidap kanser darah, she took VSS last year . Her struggle for life really touch all of us. Went for kemo and also opt for alternative medicine. We notice her pale face but she keep on smiling. As a matter of fact she’s one of the coolest boss around, not my direct superior but that’s what her staff is telling me. Kawan Zar punya adik turut menghadapi situasi yg same. When we pay her a visit , Zar give Datin’s number and since that Datin has help her with info, advice etc. It ’s good have a circle of friends who has gone through the same hard times. Indeed life is a test for us.

Older Posts »

Categories